Ada dua, pilihlah yang mana........sama ada mahu menjadi golongan disukaiNYA atau dibenciNYA, segalanya sudah ada, tinggal mahu mengikutinya atau meninggalkannya.

Friday, August 6, 2010

PERKASA LAMBANG ASSABIYYAH... PERJUANGAN HARAM DISISI SYARA'

LAUNGAN BANGSA BERKUMANDANG LAGI.......... NEGARAKU BERSATU? ASTAGFIRULLAHALA'ZIM INILAH SIKAP YG DITUNJUKKAN UMMAH ISLAM MALAYSIA YG JELAS MENOLAK ISLAM SBAGAI THE WAY OF LIFE.......
Memegang sepenuhnya perlembagaan sebagai perjuangan mereka dan menidakkan seruan dan perintah ALLAH melarang assabiyyah... benarkah kenyataan dalam perlembagaan bangsa melayu itu islam?zaman kini ramai melayu telah murtad!.. ini fakta jika sayangkan bangsa melayu perkasa bantulah mereka mempertahankan akidah bukan merosakkn akidah bangsa melayu.Satu persoalan yang boleh kita lontarkan kepada mereka ialah apakah mereka akan berhujah dengan isu bangsa ini di depan Allah SWT kelak. Apakah tindakan mereka mempertahankan perlembagaan kufur acuan Lord Reid itu sesuatu yang sah di sisi Islam. Niat untuk menjaga dan membela Islam adalah sesuatu yang baik tetapi ianya suatu yang rosak apabila dicampur dengan unsur assabiyyah Melayu, apatah lagi ingin dinaungi dengan unsur-unsur kufur seperti mempertahankan perlembagaan yang dibuat oleh sang kafir Lord Reid.

Wahai kaum Muslimin di malaysia,sekali lagi ingin mengingatkan kalian untuk kembali kepada perjuangan Islam dan tinggalkan perjuangan ashobiyyah yang akan menjerumuskan kalian ke neraka. Bagi kaum Muslimin  dengan ini ana menyeru agar janganlah sekali-kali kalian menyahut akan seruan yang akan dijaja oleh Perkasa ke seluruh Malaysia ini. Jika kalian hadir di majlis tersebut sekalipun, janganlah kalian sekali-kali menyokong seruan assabiyyah tersebut, sebaliknya hendaklah kalian memuhasabah dan mengingatkan siapa sahaja penyeru kepada seruan neraka itu agar menghentikan segera seruan mereka.

Wahai kaum Muslimin! Jadikanlah Al-Quran dan Al-Hadis sebagai asas perjuangan, bukannya assabiyyah yang merupakan seruan yang dibisikkan dan disukai oleh syaithan bagi menyesatkan kalian dari agama Allah. Rasulullah SAW diutus oleh Allah SWT hakikatnya adalah untuk memperjuangkan Islam, bukannya memperjuangkan bangsa. Seruan busuk yang kalian pekikkan itu adalah seruan yang menyeru ke arah neraka Allah. Tinggalkanlah seruan ke neraka itu jika kalian ingin selamat dari azab Allah. Firman Allah SWT:

“Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (Islam) untuk dimenangkan di atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”. [TMQ at-Taubah (9):33]

Ingatlah akan sabda Rasulullah SAW,

“Bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah" [HR Abu Dawud].

No comments:

Post a Comment